endy
Wednesday, October 13, 2010
cara untuk menangani masalah sosial pelajar disekolah
2.memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain.
3.memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, 2000).
Tuesday, October 5, 2010
gejala merokok dikalangan remaja.
Thursday, September 30, 2010
kesan melepak
Remaja akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan lain-lain. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keseronokan.Contohnya, Kes Mat Rempit semakin berleluasa di negara.
Mencemarkan imej negara.
- Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, sejak awal tahun ini tidak kurang daripada 500 orang pelajar telah dilaporkan ponteng sekolah dan melepak di komleks-kompleks membeli belah di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur. Keadaan ini akan berlaku kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita
Tuesday, September 28, 2010
cara-cara mengatasi budaya melepak dikalangan remaja
Saturday, September 25, 2010
isu melepak yang sering diamalkn oleh remaja zaman sekarang
Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, sejak awal tahun ini tidak kurang daripada 500 orang pelajar telah dilaporkan ponteng sekolah dan melepak di komleks-kompleks membeli belah di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur. Pada hemat saya perkara seperti ini tidak harus dibiarkan berleluasa demi menjaga imej negara agar tidak tercemar.
Antara punca-punca timbulnya masalah melepak ialah kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan anak- anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak terasa diri mereka diabaikan. Oleh hal yang demikian, mereka keluar untuk melepak dengan rakan-rakan sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai. Seorang bapa pernah memberikan pengakuan bahawa dia terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bagi melayan anak-anaknya di rumah. Keadaan ini telah menyebabkan 2 orang daripada 5 orang anaknya telah mengamalkan tabiat melepak dan kedua-dua orang anaknya itu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menjadi penagih dadah. Pada pendapat saya, ibu bapa seharusnya meluangkan masa yang cukup dan tidak terlalu ghairah dengan mengejar wang ringgit dan harta kerana anak-anak mereka merupakan harta mereka yang lebih penting .
Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka. Kebanyakan pelajar yang ditangkap kerana melepak memberitahu bahawa mereka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah yang terlalu banyak leteran dan pertengkaran antara ahli keluarga. Menurut kenyataan daripada Jabatan Pendidikan, kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah dan melepak memberikan alasan bosan tinggal di rumah dan tidak sanggup menerima tekanan akibat beban kerja sekolah yang terlalu banyak. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa para pelajar sengaja memberikan alasan tersebut sebagai jalan keluar yang mudah untuk mereka melepak.
Antara kesan masalah melepak yang paling ketara ialah memburukkan imej negara. Keadaan ini berlaku kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka. Para pelancong akan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. Mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata yang kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak itu. Pada pendapat saya , keadaan ini agak sudah keterlaluan. Oleh itu, pihak kerajaan dan pihak swasta hendaklah melakukan sesuatu dengan kadar yang segera kerana masalah ini akan memburukkan lagi imej negara kita sekiranya dibiarkan berleluasa.
Tabiat melepak juga boleh menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya akan turut merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan ‘thrill’ atau keseronokan. Menurut keterangan pihak polis, kebanyakan kes perlumbaan motosikal secara haram bermula dengan melepak secara berkumpulan di sesuatu tempat. Setelah lewat tengah malam kumpulan yang melepak tersebut akan memulakan perlumbaan haram itu. Pihak berkuasa seharusnya mengadakan sekatan jalan raya dan menjalankan rondaan yang lebih agresif untuk memastikan masalah ini dapat dibendung. Kita perlu mencegah kumpulan yang melepak supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Gejala melepak ini boleh dicegah sebelum parah sekiranya pihak kerajaan atau pihak swasta menjalankan kempen untuk menyedarkan masyarakat kita tentang keburukan melepak. Ketika kempen tersebut dijalankan, pihak media sepatutnya memainkan peranan yang penting dengan menyiarkan berita atau cerita yang berkaitan dengan cara yang lebih berfaedah untuk mengisi masa lapang kita. Pihak sekolah juga mungkin boleh mengadakan pertandingan berceramah atau syarahan dengan tajuk yang berkaitan dengan keburukan melepak. Menteri Pendidikan kita sering mengingatkan para pelajar agar pandai menggunakan masa secara berfaedah ketika berada di bangku sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau juga menyarankan agar para pelajar lebih aktif dalam kegiatan ko-kurikulum yang diadakan di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, masalah melepak di kalangan golongan remaja boleh dicegah sekiranya pihak ibu bapa sanggup mengorbankan sedikit waktu untuk bersama-sama anak-anak mereka sama ada di rumah ataupun dengan mengadakan aktiviti keluarga di luar rumah. Dengan ini, anak-anak mungkin tidak berasa bosan dan tidak akan mengamalkan tabiat melepak. Pihak ibu bapa yang mampu pula mungkin dapat menyediakan beberapa kemudahan di rumah seperti perpustakaan sendiri, komputer peribadi, permainan , dan sebagainya supaya anak-anak dapat mengisi masa lapang mereka di rumah dan tidak perlu keluar melepak. Perdana Menteri kita ketika menyampaikan ucapan yang menyentuh soal ini telah mengingatkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka. Beliau menyatakan bahawa tanggungjawab itu penting kerana anak-anak remaja merupakan salah aset negara yang paling penting memandangkan mereka akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan gejala melepak tidak berleluasa di negara kita.